Rabu, 23 November 2011

BISP

Kalau dah tak mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bagaimana dengan Bayaran Insentif Subjek Penting ( BISP ) yang diberikan kepada guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Kenapa BISP dikekalkan sedangkan fungsi dan tujuan ia diadakan sudah dimansuhkan. Bukankah ia satu pembaziran. bagaimanakah dengan guru-guru yang tidak mendapat BISP, apa imbuhan setara BISP yang mereka dapat.

Kalau pun ia dikekalkan, sewajarnya guru-guru yang menerima BISP secara percuma ini wajar turut sama dengan guru-guru Bahasa Inggeris meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Kementerian pelajaran wajar memikirkan kaedah yang sesuai agar penerima BISP ini dapat bersama-sama berusaha meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris di sekolah. tidaklah dikatakan nanti, mereka-mereka ini makan duit percuma tanpa ada kerja sebagaimana fungsi BISP diwujudkan..


Kebanyakan sekolah guna bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik
23/11/2011 4:48pm

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Kebanyakan sekolah rendah dan menengah kembali menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, hanya lima peratus daripada 7,495 jumlah bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 21,092 sekolah menengah yang masih menggunakan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik.

"Meskipun ada pihak yang mempersoalkan tempoh yang begitu panjang terhadap pendekatan ”soft landing” melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hakikatnya kebanyakan sekolah telah pun kembali menggunakan bahasa Melayu.

"Sebelum melaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran itu, kita gunakan pendekatan ”soft landing” di mana tempoh bagi sekolah rendah sehingga 2016 manakala sekolah menengah sehingga 2021,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) mengenai pihak yang masih ingin mengekalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1