Rabu, 23 November 2011

Susu KR1M

manalah agaknya lab yang kata susu tumbesaran KR1M tak selamat. Tony Pua patut bawa menteri kesihatan tengok betul-betul bagaimana lab tu beroperasi. agaknya lab tu di kelantan... sebab itulah ada e-coli.

Kandungan susu rumusan tumbesaran bayi KR1M selamat


2011/11/23
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mendapati susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak berbahaya untuk kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata hasil analisis menunjukkan kandungan vitamin A dalam produk susu itu ialah 3240 I.U (unit antarabangsa) bagi setiap 100 gram dan ia tidak melebihi had sebenar iaitu 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.
"Pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, yang menyatakan produk susu itu mengandungi lapan kali lebih banyak vitaman A daripada had dibenarkan.

Liow berkata, Tony sudah mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan tumbesaran itu dengan peraturan susu rumusan bayi.

Beliau berkata, peraturan kandungan susu rumusan bayi menetapkan had maksimum vitaman A yang dibenarkan ialah 500 I.U.

Sementara itu, Liow berkata pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes miniman buah-buahan Blackucurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Bagaimanapun, katanya pemeriksaan terhadap produk sos tiram mendapati kandungan proteinnya tidak mematuhi standard yang ditetapkan.

"Keputusan analisis dua produk sos tiram itu menunjukkan produk itu masing-masing mengandungi sebanyak 0.8 dan 1.0 peratus protein berbanding standard iaitu tidak kurang daripada 2.5 peratus protein," katanya.

Liow berkata, Kementerian Kesihatan sudah memaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya mengambil tindakan terhadap pengeluar produk itu dan mengarahkan ia ditarik dari pasaran serta-merta.

"Kementerian Kesihatan tidak sekali-kali akan bertolak ansur kepada pihak yang mengeluarkan produk makanan yang boleh membahayakan kesihatan rakyat," katanya.
- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf