Khamis, 24 November 2011

seks songsang

selagi bapak kepada segala aktiviti songsang masih bergiat aktf dalam politik, pastinya gejala aktiviti seks songsang akan terus berkembang. kuat pakatan rakyat, maka gejala aktiviti seks songsang akan bertambah kuat. satu cara untuk menghalang seks songsang daripada tumbuh subur ialah dengan menolak pakatan rakyat.



KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 ibu bapa, guru dan pelajar daripada empat sekolah sekitar ibu negara berhimpun di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang, di sini semalam bagi menyuarakan bantahan terhadap golongan yang mahu mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) secara terbuka.

Perhimpunan itu dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), bagi membantah amalan seks songsang berkenaan secara berterusan dengan mengedarkan risalah, sebelum meluaskannya ke seluruh daerah di Selangor dan Kuala Lumpur.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, perhimpunan yang mendapat sokongan oleh Persatuan Ibu-bapa dan Guru (PIBG) dan NGO lain itu mensasarkan untuk mengumpulkan 100,000 rakyat negara ini bagi menyokong perjuangan itu.
“Gerakan secara berterusan bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa, penduduk dan masyarakat terdapat gerak kerja khusus untuk menolak dan membantah pihak yang mahu mempromosikan gaya hidup songsang itu secara rasmi dan terancang, sekali gus mampu mempengaruhi anak-anak.

“JMM banyak menerima maklum balas daripada ibu-bapa yang mendakwa cadangan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011, boleh merosakkan masa depan anak bangsa, ” katanya di sini semalam.

Katanya, JMM mendapat sokongan PIBG dan pelajar SK Ampang, Sekolah Menengah (SM) Teknik Titiwangsa, SK KOSAS dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ong Pong selain pembabitan NGO Tiong Hua dan Hindu Ampang.

Katanya, gerakan kedua pula, JMM akan berkumpul di salah sebuah sekolah di Putrajaya pada Sabtu ini dengan sasaran pembabitan daripada pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1