Selasa, 22 November 2011

Nasib polis...

Takziah untuk keluarga allahyarham. alfatihah.. inilah nasib orang-orang kecil dan tidak memberi apa-apa keuntungan kepada politik. cuba kalau penjenayah yang mati kena langgar oleh polis dalam kejadian kejar mengejar, maka akan berpusu-pusulah datang geng-geng putar alam pihak pembangkang ke rumah mangsa. konon untuk menyampaikan ucapan takziah walhal cari modal untuk bantai pihak polis dan kerajaan. yang ni, dia orang tak mahu ziarah ke...

Sarjan maut dilanggar lari
22/11/2011 3:26pm

KUALA LUMPUR — Seorang anggota polis terbunuh selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan dalam satu kejadian langgar lari di Jalan Syed Putra berhampiran pusat beli belah Mid Valley di sini hari ini.

Sarjan Md Noor Shukor, 57, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Brickfields, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, dalam nahas pada 7 pagi tadi, Md Noor sedang dalam perjalanan ke Shah Alam.

"Motosikal yang dinaiki Sarjan Md Noor dipercayai dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang sebelum tercampak ke jalan manakala pemandu kenderaan yang belum dikenal pasti itu melarikan diri,” katanya.

Mayat Md Noor dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Allahyarham yang telah berkhidmat dengan pasukan polis selama 34 tahun, meninggalkan balu Noriyati Yaakob dan tiga orang anak.

Jenazah dibawa pulang ke kampung halaman isterinya di Labu, Negeri Sembilan petang ini untuk dikebumikan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf