Sabtu, 19 Mei 2012

Dah cakap dah...

dah cakap dah. kalau tua kutuk yang dapat gelaran bapak setan dan bapak kafir ni buka mulut mesti nak pedajal orang. dah tahu buat salah kena cepat-cepat alihkan kesalahan pada orang lain. konon nak bermuzakarah, tapi letak syarat. dia yang pelawa, dia pulak yang kunci pintu tak bagi masuk. patutnya, ajak muzakarah, bawa bersemuka barulah letak tuntutan masing-masing. ni dia pulak bagi macam-macam syarat.

tapi memang respek kat orang tua kutuk ni. otak penipu dia memang tak ada tandingan. dia memang cepat bertindak balas demi menyelamatkan partinya. dah tahu isu hudud buat orang meluat dengan PAS, cepat-cepat tukar isu dengan muzakarah. kini isu hudud dah tenggelam, sama-sama dengan kata-kata karpal yang tak setuju dengan hudud. yang timbul isu muzakarah.






KUALA TERENGGANU 19 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama UMNO diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan UMNO perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"UMNO kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan UMNO sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.

Katanya muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.


Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO .

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf