Selasa, 22 Mei 2012

Kena bagi sokongan

Nak gelak baca berita ni. Padan muka Ambabiga. Kali ni baru  dia tahu betapa peritnya kalau privasi terganggu. Tapi, jangan lupa buka gerai kat depan rumah A. Samad Janggut pulak lepas ni. Mesti banyak idea nanti nak berkarya.Sapa-sapa yang anti demo Bersih tu, jomlah bagi sokongan kepada peniaga-peniaga ni.





KUALA LUMPUR 21 Mei - Sebahagian peniaga dan penjaja yang mengalami kerugian ekoran perhimpunan haram Bersih 3.0 bertindak nekad mengecat 60 petak perniagaan di kawasan kediaman rumah Pengerusinya, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, tindakan itu merupakan simbolik pendirian golongan peniaga yang tidak mahu berganjak daripada niat untuk berniaga di situ pada Khamis dan Jumaat ini.

"Hari ini kami buat petak sebab lusa nak berniaga. Kawasan ini lokasi yang 'berpotensi' untuk berniaga.

"Kita jemput orang ramai datang dari pukul 3 petang hingga 8 malam untuk beli barang-barang jualan peniaga sebagai sokongan bantahan ini,'' katanya ketika ditemui di Jalan Setiakasih 1, di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1