Jumaat, 5 April 2013

Tolak Islam

UMNO, BN, kerajaan tolak dasar Islam...

Nik Aziz




Kalau kerajaan tolak dasar Islam.... Nik Aziz ni belum tentu akan jadi mursidul am Pas. Sudah tentu tidak ada parti politik yang dikaitkan dengan Islam. Sudah tentu tidak ada pembinaan masjid, surau dan madrasah. sudah tentu tidak ada sekolah agama, universiti, mahkamah, perbankan, radio, tv Islam kat Malaysia ni. Apa saja yang berkaitan dengan Islam pasti akan diharamkan......dan, sudah tentu tidak ada agama Islam di Malaysia ni.... 

itu kalau dasar Islam itu ditolak dalam pentadbiran. Walhal, hari ini, kita bukan saja lihat Islam terpelihara dan subur di bumi Malaysia, bahkan orang Islam dapat beribadat secara aman dan tenang tanpa apa-apa gangguan.

dalam negara yang berbilang kaum dan pelbagai agama... kekuatan agama akan selari bila sesuatu bangsa itu kuat. Malaysia, apabila Melayu yang beragama Islam kuat, maka akan kukuhlah agama Islam. Kalau Cina yang beragama buddha/ kristian berkuasa, akan terpeliharakah Islam sebagaimana orang Melayu berkuasa... Contoh paling hampir di Myanmar. Kalau tidak ada kuasa, pasti Islam akan diperlekehkan..

Nak harapkan PAS memperjuangkan Islam, jauh panggang dari api. Nak pertahankan kalimah suci ALLAH pun tak terdaya, inikan pulak nak perjuangkan Islam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1