Khamis, 4 April 2013

Pura-pura

Aku tak mahu tuduh dia dibeli oleh PAS. Cuma aku nak kata yang dia ni orang PAS. Pura-pura masuk UMNO kemudian isytihar yang dia tak pernah masuk UMNO. Hasilnya, UMNO juga yang dapat taik..

Dah memang type orang PAS.  Kalau tak bebal pasti bodoh. Dia kata untuk mendapat penerangan bantuan perniagaan, Kalau nak buka perniagaan, pergilah kepada agensi yang berkaitan. Dana pun kerajaan dah salur banyak.

Dah tahu majlis pengumuman keluar parti, apa sal tidak keluar awal-awal lagi. Dari sini dah tahu, dia ni memang ada agenda nak jahanamkan UMNO.

kedua, kalau dah tahu program tu keluar PAS masuk UMNO, kenapa tak tolak bila diminta bergambar dan pegang borang UMNO. yang itu boleh terima lagi lah tahap bodoh dia ni... yang tak boleh terima bila dia ni diminta menyampaikan ucapan. tak apa, boleh terima lagi kalau dia tolak... tapi..... memang bodoh sangatlah...

dia ni, kepala otak dah kena racun... dia ingat, apa saja ada program UMNO, mesti ada yang hulur projek. bodoh sungguh.. tak dapat dari PAS, nak rembat pulak dari UMNO. UMNO kalau nak bagi projek pun, semua kena ikut saluran, bukan main lubang belakang....



Berita keluar PAS




KUALA LUMPUR 4 April - Satu rakaman video menjadi bukti kukuh bahawa tindakan pelajar-pelajar Pondok Tal Tujuh di Kota Bharu menyertai UMNO di Pasir Mas baru-baru ini bukannya fitnah, sebaliknya ia keputusan sukarela mereka.
Video berdurasi 46 saat itu dirakam krew Astro Awani yang membuat liputan majlis penyerahan borang keahlian pelajar terbabit kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanapi Mamat dalam satu majlis ringkas di Tendong, Pasir Mas pada 1 April lalu.
Pada saat ke-13 video itu, salah seorang daripada pelajar itu, Mohd. Hafni Zaini, secara jelas dan terang berucap di rostrum menyatakan bahawa beliau sebagai wakil kepada pelajar-pelajar pondok itu ingin menyertai UMNO.
Kata Mohd. Hafni: "... mewakili, saya wakil... saya ingin sokong UMNO."
Rakaman video itu boleh disaksikan di http://youtu.be/XdrRy61jglM.
Semalam, Mohd. Hafni menafikan dia menyertai UMNO dan video penafian itu dimuat naik ke YouTube (http://youtu.be/3HxJ14B07lk).
Bagaimanapun, pemerhatian daripada video tersebut, Mohd. Hafni jelas kelihatan seperti membaca skrip penafian kemasukannya dalam UMNO.
Sementara itu, Hanapi ketika mengulas penafian Mohd. Hafni itu mendakwa, pemimpin Pas telah ‘membeli’ beberapa pelajar Pondok Tal Tujuh sehingga mereka yang baru menyerahkan borang keahlian UMNO pada Isnin lalu menafikan tindakan mereka.
Kata Hanapi, tindakan terdesak Pas itu bertujuan menutup kelemahan mereka yang gagal memerintah negeri ini sehingga ramai guru dan pelajar pondok bertindak keluar daripada parti itu. - UTUSAN ONLINE

1 ulasan:

  1. Lepas ni, budak munafiq dari PAS ni boleh jadi penceramah iringan dalam setiap ceramah Fuckatan la. Glamer dapat, duit pun masyukk jugak....

    BalasPadam

Blogger 1