Rabu, 4 April 2012

Anak Emas

Bersungguh benar Adam Adli dan Safwan Anang menjadi batu api dan mengadu domba penduduk flat PKNS, Kampung Kerinchi. semuanya sebab nak menjadi hero. Tapi bukan nak jadi hero rakyat tapi nak jadi hero di mata al juburi. Manalah tahu kut-kut ada jawatan kosong kat pejabat al juburi. bolehlah sentiasa bersama al juburi di mana saja. kalau bernasib baik, pasti boleh dibawa melancong.

tapi hero sangatkah mangkuk dua orang ni di mata al juburi...... sedangkan....

Penduduk kejar siswa didakwa cetus kecoh


KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan mahasiswa yang cuba mengganggu rundingan secara aman 34 penduduk flat PKNS, Kampung Kerinchi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan mengosongkan rumah masing-masing untuk pembangunan kawasan itu menyebabkan sebahagian penduduk marah dan mengejar serta memaki-hamun kumpulan terbabit.

Kejadian berlaku jam 10.30 pagi semalam, selepas sebahagian daripada 433 penduduk yang bersetuju mengosongkan rumah mereka mula berang dipercayai kerana kumpulan terbabit cuba menghasut segelintir penduduk lain supaya tidak berpindah.


Difahamkan, penuntut yang cuba mencetuskan suasana kekecohan itu diketuai pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris, (UPSI) Adam Adli, 22, yang digantung tiga semester selepas menurunkan bendera gambar Presiden Umno di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra, 17 Disember lalu, selain disertai beberapa rakannya.

Selain Adam, turut berada di lokasi itu ialah penuntut Universiti Malaya (UM), Safwan Anang yang sebelum ini mendakwa dipukul polis ketika terbabit demonstrasi haram di hadapan UPSI pada malam Tahun Baru lalu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, kekecohan bermula apabila kumpulan mahasiswa terbabit berada di tingkat tiga sebuah flat yang akan dirobohkan dan menyebabkan beberapa individu lain marah sambil menjerit mengarahkan mereka turun serta tidak mencampuri urusan pengosongan bangunan itu.


“Berlaku sedikit kekecohan ketika proses pengosongan, namun keadaan dikawal sebelum polis membawa keluar beberapa individu yang hampir dipukul penduduk selepas datang secara tiba-tiba dan naik ke sebuah flat berkenaan. “Kami turut menerima laporan Adam Adli yang mendakwa dipukul dan dikejar beberapa penghuni yang dipercayai berang dengan tindakan penuntut terbabit campur tangan urusan pengosongan flat berkenaan,” katanya ketika ditemui, semalam.


di mata al juburi sekarang ni cuma ada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf