Ahad, 27 November 2011

Olimpik Malaysia Tumpas

Pasukan Olimpik Malaysia tumpas 2 - 3 kepada Bahrain. Tak mahu kutuk, tak mahu keji, cuma... Malaysia dah main cukup bagus hinggalah Faiz terpaksa dikeluarkan. Rentak jadi tunggang langgang, hilang tumpuan dan mungkin sedikit over confident bila dah sumbat 2 gol. hasilnya gol bolos dalam tempoh kurang 8 minit.

ong kena cari striker lagi la, nyata sangat tak main peranan. gol pun oleh bek dan pemain tengah. satu lagi, kena cari penjaga gol lain la, khairul fahmi ni banyak sangat kontroversi...boleh lihat sini


Kelayakan Olimpik: Malaysia gagal menang di tempat sendiri
27/11/2011 10:54pm

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Skuad Harimau Muda gagal menang di tempat sendiri walaupun berjaya mendahului perlawanan dengan dua gol pada sesi kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C.

Bahrain yang bermain dengan 10 orang berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya mendahului Malaysia dalam tempoh lima minit pada separuh masa kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol pertama Malaysia berjaya dijaringkan oleh pemain muda berusia 17 tahun, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada separuh masa pertama manakala gol kedua dijaringkan Mahali Jasuli. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1