Khamis, 10 Mei 2018

sejarah tercipta...

Tahniah Tun M


Selamat menggalas semula jawatan PM. Semoga dengan kebijakan Tun M akan dapat memakmurkan negara dan melimpahkan kesejahteraan kepada rakyat.

Semoga janji semasa PRU14 dapat dilaksanakan. Suasana sudah berbeza, PH akan bekerja dan BN pula kemungkinan besar akan sibuk dengan ceramah. Berganti tempat.


untuk BN, perjuangan belum berakhir. PRU14 satu cara Allah menarik balik nikmat yang diberi. Ada yang angkuh, sombong, tikam belakang, rasuah, kroni dan macam-macam lagi. PRU yang baru lepas, menunjukkan, betapa besar kuasa rakyat. Moga ini memberi kesedaran, benarlah apa yang pernah Tun M ucapkan dulu, akhirnya berlaku.

yang angkat pemimpin, akar umbi... jadi jangan masih ada perasaan syok sendiri. Dengar apa saja luahan akar umbi. Kalau buat salah, akui kesalahan, sentiasa telus, sebab bila banyak diam, akan wujud bermacam-macam persepsi. tapi yang ini, tidak ditangani dengan sewajarnya, pemimpin yang baik ditendang keluar, pemimpin kuat kipas dapat tempat utama, ahli menegur kepimpinan, akan dibanlah... pemimpin mesti dipuja, disanjung...

untuk PH, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara.. di bahu kalian negara ini disandarkan. Peganglah amanah, sebab kalau tidak, kalian juga akan tersungkur..

TSUNAMI MELAYU, akhirnya merobohkan juga pegangan terakhir BN. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Blogger 1

bmf

bmf