Ahad, 29 April 2018

selamat


Penamaan calon dah selesai.... tinggal nak buang undi ja... tahniah dan selamat untuk yang jadi calon... kempenlah dengan jujur, amanah dan ikhlas...


Image result for pru 14 2018

pastinya yang jadi calon.... senyum sampai ke telinga.. masa ni lah jadi orang yang baik sangat, semua lawan tak baik... hanya dia sorang ja yang baik...

tapi kalau dia memang baik, sentiasa baik... moga-moga diberi peluang jadi YB, akan bertambah baik, baik kepada orang-orang yang mengundinya... kebaikannya pasti akan menebar, ke serata muka bumi... yang untung... pasti negaraku tercinta... Malaysia..

masa kempen ni... gunakanlah sebaiknya...elakkan fitnah, sebab ni salah satu punca kekalahan, kalau tak diri sendiri kalah, parti yang diwakili pula tumbang...

apa pun... yang tak dapat jadi calon, terutamanya yang disebabkan oleh kecuaian sendiri... terimalah hakikat. janganlah bersedih, panjang umur, 5 tahun lagi boleh lah jadi calon.... dampingilah penyokong yang kempunan nak buang undi nanti.... sepanjang 5 tahun nanti... bukan nak dekat PRU baru nampak batang hidung....

antara kecuaian yang menyebabkan tak dapat jadi calon atau hampir tak dapat jadi calon....

ada pula calon, ic pun boleh tertinggal.... nervous sangat sampai lupa benda penting.. hampir2 jadi PATI, nasib baik tak kena angkut balai... kalau tak, melepas jadi calon...

Tiada ulasan:

Catat Komen

Blogger 1

bmf

bmf