Jumaat, 4 April 2014

PATI depan mata

kalau bukan kes culik ni.... 

kita tak kan tahu... ada ESSCOM pun... 

dia orang boleh kerja kat pusat peranginan tu... dengan selamba aja...

PATI nampaknya masih lagi berkeliaran kat bumi Malaysia....

KES CULIK : 15 PEKERJA PUSAT PERANGINAN PENDATANG HARAM

Ketua Pengarah Kawasan Keselamaran Khas Pantai Timur Sabah, ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek mengesahkan, 15 pekerja asing di pusat peranginan berlaku kes culik di Semporna, Sabah, tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Pendatang HARAM. 

4 suspek diberkas oleh polis untuk siasatan juga berstatus sama. 

Menggajikan pekerja asing tanpa izin, satu kesalahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. Jika sabit kesalahan, majikan boleh didenda di antara RM10,000 dan RM50,000 atau dipenjara 12 bulan atau keduanya.

Tambah Mohammad, pengusaha pusat pelancongan di Sabah berulang kali diperingatkan agar tidak menggunakan khidmat warga asing tanpa dokumen sah tetapi enggan dipatuhi.

ini dah tak ada lagi ke....

pengawal keselamatan warga asing dah clear ke...

peniaga warga asing dah clear juga ke....

 

jarang sungguh nak nampak muka KDN kat tv / akhbar sekarang ni... takkan DS Hishamuddin tengah top, menteri KDN tak mahu interframe.... 

tentang kes culik ni.... 

boleh tak lupakan sedikit tentang nak minta duit tebusan.... boleh tak kalau kita fikir ia satu lagi agenda pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan China - Malaysia yang sedikit goyang berikutan tragedi MH370. banyaknya pelancong... kenapa pilih orang China..?

siapa agaknya yang ada hubungan dengan pemberontak Filipina. kalau ada duit semua boleh jadi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1