Kementerian Pertahanan kena ambik perhatian serius.
Kapal tidak dikenali boleh sewenang-wenangnya berada di ruang udara negara. ghaibnya MH370 nyata beritahu kepada rakyat Malaysia betapa ruang udara kita ni mudah sangat diceroboh. Sistem radar kita pun nampak gayanya perlu dinaiktaraf.
Pakar persoal pertahanan udara Malaysia
LONDON - Kehilangan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac
lalu menimbulkan persoalan berhubung kemampuan Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) dalam menangani ancaman dari udara.
Siaran berita Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, maklumat
terbaru bukan sahaja menimbulkan misteri berhubung kehilangan pesawat
MH370 tetapi persoalan mengapa TUDM tidak bertindak selepas menyedari
kapal terbang tersebut berpatah balik.
Pihak berkuasa Malaysia mendedahkan, radar tentera mengesan sebuah
pesawat tidak dikenali yang kemudian disahkan pesawat MH370 berpatah
balik dan melintasi semenanjung negara itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan diambil oleh tentera udara negara itu.
"Di mana tentera udara ketika semua ini berlaku?" kata bekas juruterbang
Tentera Udara Britain dan penganalisis aeroangkasa, Andrew Brookes.
"Sejak serangan pengganas terhadap Amerika Syarikat (AS) pada 11
September 2001 semua pertahanan udara di seluruh dunia sentiasa
berjaga-jaga dengan kejadian rampasan pesawat yang digunakan sebagai
senjata untuk menyerang sasaran tertentu.
"Di Malaysia terdapat bangunan penting seperti Menara Berkembar Petronas
yang mungkin menjadi sasaran kumpulan pelampau," tambahnya.
Ujar Brookes, ketika pesawat MH370 dikesan berpatah balik semasa dalam
penerbangan dan mengubah ketinggian secara mendadak ia sepatutnya
mencetuskan amaran kepada pihak tentera yang mengendalikan radar.
Akhbar The Telegraph melaporkan seorang pakar berkata, kebanyakan negara
yang mempunyai pertahanan udara yang canggih akan mengesan pesawat
musuh pada jarak beratus-ratus kilometer dan menghantar pesawat untuk
memintasnya.
TUDM mempunyai beberapa jet pejuang canggih seperti Sukhoi S30, MiG-29N
dan F18 serta sering mengadakan latihan bersama tentera udara dari
negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.
Di negara di Amerika Utara dan Eropah terdapat kerjasama rapat antara pihak tentera udara dan menara kawalan trafik.
Sekiranya radar tentera mengesan satu objek tidak dikenali atau
mencurigakan, prosedur normal adalah berhubung dengan menara kawalan
untuk pengesahan pesawat.
Jika pesawat itu tidak dikenali pihak tentera akan membuat hubungan
radio dan sekiranya gagal jet pejuang dengan segera akan dihantar bagi
memintas kapal terbang tersebut.- Agensi
BAGANG TU MMG FREE TAPI TAK YAH LAH MENUNJUK
-
Mana Bak kut tehnya?
Ajer BAJANG benor habis satu st 18 Awok musing carik, Haram jumpa nyer!
Sudahnya balik nyinggah kedai tomyam depan rumah, Megi sup...
Sebulan yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan