ADUN Kedamaian di Sabah Jeremmy Malajad dikatakan keluar dari parti PKR dan kini menjadi ADUN mesra BN di Sabah, laporan Utusan Malaysia hari ini.
Difahamkan, ADUN tersebut mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di Kota Belud, Sabah dengan diiringi sekumpulan penyokongnya.
Kedamaian merupakan salah satu dari tiga DUN dalam kawasan parlimen Kota Belud, yang juga tempat kelahiran Umno di Sabah.
Ia merupakan satu-satunya kawasan dengan jumlah majoriti pengundi bukan Islam dalam kawasan parlimen tersebut.
Malajad yang memenangi DUN Kedamaian dengan majoriti 889 undi, dipercayai turut meletak kesemua jawatan dalam parti.
Setiausaha PKR Sabah Roland Chia ketika dihubungi berkata pengerusi negeri Lajim Ukin akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu tidak lama lagi.
Dengan tindakan yang diambil Malajad itu, PKR kini hanya mempunyai enam lagi wakil dalam DUN Sabah.
Seorang daripadanya, ADUN Matunggong Jailani Hamdan dalam laporan The Star hari ini menyebut beliau dan Malajad “tidak boleh bekerjasama dengan Lajim lagi”.
Matunggong, satu kawasan dengan majoriti kaum Rungus, terletak dalam kawasan parlimen Kota Marudu, yang dimenangi Jailani dengan majoriti 320 undi.
PAS NK SGT MN, BUBAR JE MASUK UMNO, UMAT ISLAM SELAMAT DARI SESAT
-
Tahniah UMNO biarlah mereka yg lain meroyan nk doktrin pemikiran rakyat
bahawa Umno sekongkol dgn DAP tetapi sejarah tak boleh ubah UMNO mengijut
Titah...
Seminggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan