Khamis, 17 Oktober 2013

Bila kalah

Apahal pulak ni.....

Bila kalah, 14 AJK tak mahu terima ketua baru. Sanggup pulak letakkan jawatan. 



HAMISA DICABAR NAIBNYA

30 November pemilihan semula 14 AJK Wanita UMNO Kalabakan

TAWAU 17 Okt. - UMNO Bahagian Kalabakan menetapkan 30 November ini bagi mengadakan mesyuarat agung khas untuk pemilihan semula 14 Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita bahagian itu yang meletak jawatan selepas menang dalam pemilihan Sabtu lepas.
Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, tarikh itu diputuskan dalam mesyuarat UMNO bahagian itu di sini hari ini.
"Apabila mereka meletak jawatan, mengikut Fasal 12.11, Peraturan Pergerakan Wanita UMNO, UMNO Bahagian Kalabakan mengambil alih semua pentadbiran Wanita Kalabakan dan akan menetapkan satu tarikh mengadakan mesyuarat agung khas semula untuk memilih 14 kekosongan.
"UMNO Bahagian Kalabakan menetapkan pertandingan (pemilihan semula) cuma (bagi jawatan) 14 AJK (yang kosong) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Dua hari lepas, Suriyani Lamai yang mengetuai 14 AJK itu mengisytiharkan mereka meletak jawatan sebagai protes terhadap proses pemilihan itu yang didakwa tidak telus.
Selain Suriyani, 13 lagi AJK berkenaan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.
Abdul Ghapur berkata, mesyuarat turut menerima cadangan supaya 14 AJK yang meletak jawatan tidak dibenarkan bertanding semula kerana ada kemungkinan mereka akan meletak jawatan sekali lagi sekiranya keputusan pemilihan baharu masih seperti pemilihan pada 12 Okt lalu.
Mengenai status 14 AJK berkenaan, beliau berkata sehingga ke hari ini Umno bahagian belum menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan mereka.
Bagaimanapun Abdul Ghapur berkata, terpulang kepada 14 AJK berkenaan sama ada untuk menghantar surat rasmi atau tidak namun mereka sepatutnya berbuat demikian berdasarkan peraturan parti.
Katanya, beliau akan menemui Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 19 Oktober ini bagi memaklumkan mengenai perkara yang berlaku dalam pemilihan Wanita Umno Bahagian Kalabakan Sabtu lepas.
Mengulas dakwaan bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Hamisa Samat kononnya pemilihan Wanita bahagian itu tidak telus, Abdul Ghapur berkata, urusetia mesyuarat perwakilan dan pemilihan itu dikendalikan sepenuhnya oleh AJK lama Wanita bahagian itu yang diketuai Hamisa sendiri.
Dalam pemilihan itu, Hamisa yang merupakan penyandang Ketua Wanita kalah kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi. - BERNAMA

yang bold merah tu, memang lawak betullah.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1