Sabtu, 13 Julai 2013

Menang...

Memang pun PAS akan menang di kawasan Cina. Bahkan kalau letak kopiah PAS lawan calon Cina BN pun pasti PAS akan menang. Sebabnya... pengundi senyap cina ni dah tolak BN. Ualng lagi... dah tolak BN, dah tolak mentah-mentah BN....


 

Harakah : PAS Lebih Mudah Menang Di Kawasan Cina
by  on Jul 12th, 2013 · No CommentsSelena Tay – Sebelum tahun 2000, Pas sukar menang di kawasan di mana terdapat ramai pengundi Cina, tetapi kini Pas senang menang di kawasan sedemikian. Yang peliknya pula ialah Pas masih sukar menang di kawasan perkampungan Melayu kecuali pada pilihan raya tahun 1999.
Kini minda pengundi Cina sudah boleh menerima perjuangan Pas dan perubahan ini bermula pada pilihan raya tahun 2008.
Untuk Pilihan Raya Kecil di Kuala Besut, Terengganu, di mana semua pengundinya ialah Melayu, Pas sukar menang. Sepatutnya di kawasan majoriti Melayu, Pas harus menang dengan mudah sebab Pas bukannya parti sekular ataupun parti Cina ataupun parti orang putih.
Namun yang peliknya ialah Pas sukar menang di kawasan seperti Kuala Besut. Oleh itu, soalan yang perlu ditanya ialah mengapa dan kenapa ramai Melayu masih belum bersedia mengundi Pas?
Jangan disebabkan oleh DAP yang juga parti komponen Pakatan Rakyat, masyarakat Melayu tidak mahu mengundi Pas.
Masyarakat Melayu harus ingat bahawa dalam DAP ada ahli Melayu yang sekarang telah menjadi Ahli Parlimen (Mohd Ariff Sabri di Raub dan Zairil Khir Johari di Bukit Bendera) dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Tengku Zulpuri di Mentakab). Masyarakat Melayu juga jangan diperdayakan oleh matematik palsu bahawa DAP akan berkuasa jika Pas menang pilihanraya.
Yang perlu diketahui oleh masyarakat Melayu ialah orang Cina kini sudah boleh memberi undi kepada Pas.
Justeru, sepatutnya masyarakat Melayu harus lebih mudah lagi untuk memberi undi kepada Pas.
HARAKAH – BIL 1860 / 12 – 14 Julai 2013

sebab apa cina sokong PAS...

-sebabnya... PAS dah tolak perjuangan Islam. Yang tegakkan dan perjuangan Islam hanyalah UMNO melalui kerajaan. Kalau UMNO tak perjuangkan ISLAM, mana mungkin PAS itu ISLAM...

-PAS dan jadi sekular... contohnya kat Selangor, bagaimana BN perintah Selangor, begitu jugalah PAS dalam PR perintah Selangor. Bahkan di Kedah lagi teruk PAS tadbir. Tu sebablah tumbang dalam PRU lepas...

- dan yang penting... PAS tu tetap akan jadi kuda tunggangan DAP. Tetap akan dicucuk hidung. Itu yang Cina mau.... bukan sebab Cina dah terima perjuangan ISLAM. Kalau soal terima ISLAM... cina dah lama terima ISLAM bila BN kukuhkan pemerintahan dengan cara ISLAM. Cuma, sebab terlalu bergantungnya PAS pada DAP, PAS sanggup lihat ISLAM diperlecehkan oleh CINA DAP...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1