Isnin, 6 Mei 2013

Lepas Peluang...



Anwar sebenarnya telah melepaskan peluang keemasan dan terbaiknya untuk jadi PM ke-7 Malaysia....



Mungkin sebab dah terlalu yakin dan over confident, bila melihat keghairahan pengundi-pengundi Cina dalam setiap kali mengadakan ceramah dengan kehadiran yang amat besar sekali.... di mana-mana sahaja... dan Anwar yakin dengan sokongan pengundi Melayu terutama apabila didokong dengan amat kuat sekali oleh PAS...

dan keyakinan amat kuat, apabila Lajim dan Bumburing keluar BN dan menyokong PKR. Kalau undi bandar utama daripada Cina sudah dalam tangan, begitu juga tentunya di Sarawak..Anwar pasti dapat sekurang-kurangnya separuh kerusi dari pulau borneo.

perkiraan Anwar cukup mudah. dua ekor katak yang melompat tu akan membuatkan Sabah seakan dilanda tsunami yang amat besar sekali setelah tsunami melanggar BN dalam PRU12

namun, sokongan pengundi Melayu dan bumiputera lebih kurang 70 - 75% membuatkan Anwar gigit jari. Namun kalau Anwar berani bersumpah laknat, hari ini Anwar sudah jadi PM. Doa Israel pada DAP sudah jadi kenyataan hanya doa PAS sahaja yang tidak tertunai...

bayangkan kalau Anwar bersumpah laknat... sudah pasti sokongan pengundi Melayu akan berkurangan secara drastik...

aduh... sayangnya... perkara mudah dan amat senang untuk Anwar buat dia tak buat.... kalau tak hari ni dia dah makbulkan impian penyokong PR untuk melihat Najib jadi ketua pembangkang...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1