Jumaat, 17 Mei 2013

Akhirnya....

Akhirnya SPR bertindak. Tapi.... kalau baca, baru nak suruh polis siasat. Isu pengundi hantu SPR dah ulangkali dijelaskan. Isu bekalan letrik TNB dah jelaskan. Kenapa tak saman aja... Apa SPR dah tak yakin boleh menang bila berdepan dengan pembangkang di mahkamah? 

Atau memang SPR tak boleh nak menyaman orang yang buat tuduhan tak berasas? Tak boleh nak ambil tindakan? Hanya duduk diam dan buat sidang akhbar jelas itu dan jelas ini.


SPR lapor polis tuduhan pembangkang


KUALA LUMPUR 16 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis bagi meminta siasatan dijalankan terhadap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak pembangkang yang meragui ketelusan suruhanjaya tersebut sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Laporan dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada pukul 5.13 petang ini.

Menurut sumber, laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan segera dijalankan terhadap tuduhan pembangkang mengenai isu pengundi hantu serta bekalan elektrik terputus.

Sebelum ini, pakatan pembangkang mempertikaikan keputusan PRU-13 yang didakwa tidak telus serta menyalahkan SPR hingga ada kumpulan propembangkang merancang untuk menganjurkan demosntrasi jalanan bagi menumbangkan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertekad untuk mengadakan lebih banyak perhimpunan secara terbuka di seluruh negara kononnya untuk membantah proses pilihan raya umum yang tidak adil.

Pemerhati luar yang terdiri daripada dalam dan luar negara walau bagaimanapun mengakui PRU-13 dijalankan dengan prinsip ketelusan dan semangat demokrasi.
Difahamkan, sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya dengan calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu.


Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1