Rabu, 17 April 2013

Undilah....


Baca blog-blog yang memaparkan rasa tidak puas hati akar umbi, serta individu yang tidak dicalonkan hingga ada yang sanggup nak jadi calon bebas dan masuk parti lain buat aku rasa loya. sakit hati bawa ke sakit kepala.

ada lagi manusia-manusia dalam barisan nasional yang tak mahu terima keputusan yang telah dibuat oleh PM.



perlu tanamkan dalam kepala hotak memasing, PRU 13 kali ni bakal menentukan nasib bangsa Melayu dan Islam itu sendiri. Tumbang Melayu maka lemahlah Islam. Nak harapkan PAS yang menolak bangsa Melayu dan menjual Islam demi politik, jangan haraplah. 

Nak pertahankan kalimah suci ALLAH pun tak berdaya, inikan pulak nak menjaga kesucian agama Islam. Baru DAP batuk dah diam. DAP cadang nak guna lambang bulan, hidung dah kembang kempis umpama dah berjaya tawan dan Islamkan DAP.

jadi, sapa-sapa yang rasa marah dan kecewa, tolak tepilah dulu. PRU kali ini amat getir buat bangsa Melayu dan Bumiputera dalam mempertahankan semua keistimewaan yang telah diberikan oleh Barisan Nasional. 

Pastikan Barisan Nasional kembali memerintah Malaysia dengan mendapat mandat yang cukup besar. Selepas itu, buat akar umbi atau penyokong calon yang tak terpilih tu, andai calon yang korang tak suka tu menang, korang hadaplah dia siang malam. Minta apa saja. Kalau tak layan korang buat demo depan PM. 

Kepada yang tak terpilih tu, cukup-cukuplah dengan limpah rezeki yang Allah salurkan melalui BN. Mungkin ada sebab mengapa tidak tercalon semula. korang muhasabah dirilah. Cari kelemahan.

Undilah BN. Jangan sesekali pangkah PR atau rosakkan kertas undi. Fikirlah, masa pangkah nanti, undi adalah untuk BN. Undi adalah untuk Najib. Undi BN bermakna korang menyokong perjuangan DS Najib. Sokong DS Najib menghapuskan petualang dan pengkhianat agama, bangsa dan negara.



lebih baik kita berdoa daripada mengutuk dan menghina sendiri calon parti yang telah dipilih oleh PM. ayuhlah kita bermohon agar PRU 13 ini karier poltik Anwar berkubur. Malaysia lebih aman bila ANwar tiada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1