Sabtu, 23 Mac 2013

Saman

Dah nak saman Malaysia pulak. 

Macamlah Sabah dan penduduknya ingin sangat nak beraja dan bersultankan raja yang nenek moyang dia ni bunuh rakyat sendiri dan ada yang murtad.

Lepas ni kerajaan Malaysia jangan nak berlembut sangat. Tak ada tolak ansur. Masa berbudi bahasa, berhemah dan bersopan santun dah tiada. Berdepan dengan pengganas kena guna cara kekerasan. 

Cari jalan untuk heret bangsat dan kroninya yang ada di Malaysia ke muka pengadilan. Kalau yang 8 orang tu dikenakan tuduhan yang boleh bawa hukuman mati, kenapa ketua yang mengarahkan mereka melancarkan perang ke atas YDPA boleh lepas.
 
 




TAGUIG CUTY, Filipina - Pasukan peguam pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) kini dikatakan sedang menyiapkan kertas tuntutan mahkamah untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan membangunkan dan merampas Sabah secara haram.

Memetik laporan akhbar dalam talian, The Manila Times.Net, saman yang dihantar kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu menyatakan tuntutan 'denda' sebanyak AS$25 bilion (RM77.8 bilion) daripada kerajaan Malaysia.

Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani memberitahu, saman tersebut adalah jawapan kepada tuduhan melakukan keganasan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas lapan rakyat Filipina baru-baru ini.

Menurut Idjirani, ini merupakan saman kali ketiga yang dikemukakan oleh pihak Jamalul Kiram.


Terfikir juga, dia ni sama macam spesies raja saman. Dah tahu dah kalah di sisi undang-undang tapi nak buat juga. Sebabnya, agar pengikut dan penyokongnya percaya yang mereka berada di pihak benar. Wal hal sebaliknya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1