Ahad, 31 Mac 2013

Lari ll

Rakyat Filipina yang lari dari Sabah ni tentunya pendatang haram. 

Presiden Filipina ada menyatakan bahawa rakyat Filipina yang berada di Sabah dianggarkan berjumlah 800 ribu. Mungkin jumlah tu yang masuk dan bekerja secara sah di Sabah. Yang masuk ikut jalan betul dan tidak keluar semula tu entah berapa ramai....?Bagaimana dengan pendatang Indon... inilah juga cara dia orang masuk dan bekerja secara haram di Sabah. Pendatang Indon berapa ramai pulak....

Macam menteri pertahanan kesultanan haram Sulu..pas lawatan tamat tempoh

Harap selepas ini pihak imigresen akan ada satu kaedah yang lebih terkini untuk kesan pendatang-pendatang haram ni...






















MANILA - Hampir 5,000 warga Filipina telah melarikan diri dari Sabah sejak pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas pengganas Sulu yang diketuai oleh Jamalul Kiram III, jelas Lembaga Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina semalam.
Agensi itu menyatakan telah merekod ketibaan 4,983 individu dewasa dan kanak-kanak di gugusan kepulauan selatan negara tersebut.

Pengarah eksekutif yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pelarian itu, Paslur Abdullah memberitahu jumlah keseluruhan mungkin jauh lebih tinggi kerana ada yang tidak mendaftar.

"Mereka tiba dengan menaiki bot-bot kecil. Kebanyakannya masuk ke sini tanpa mendaftar dan tinggal bersama saudara-mara masing-masing. Kami tidak boleh menahan mereka," kata Abdullah.

Kira-kira 200 orang pengikut Kiram dengan sebahagian daripada mereka bersenjata tiba di Lahad Datu, Sabah pada Februari untuk menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.
Pertempuran di antara kedua-dua belah pihak telah mengakibatkan lebih 60 pengganas dan sepuluh anggota keselamatan Malaysia terkorban.

Sebelum ini, Presiden Filipina, Benigno Aquino menyatakan kebimbangan ketegangan itu boleh menjejaskan ratusan ribu warga Filipina yang bekerja di Sabah.
- AFP







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1