Khamis, 7 Mac 2013

Hilang

Kalau dia ni bertanding, confirm satu kerusi akan hilang. Sudah reject mau pakai lagi ka. Ini bukan kitar semula.



Masyarakat Cina Sungai Siput mahu Samy Vellu bertanding

SUNGAI SIPUT 2 Mac - Peluang Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Sungai Siput daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) lebih cerah sekiranya bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu kembali bertanding di kawasan tersebut.
Ketua MCA Bahagian Sungai Siput, Simon Hein berkata, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina di kawasan berkenaan mahu Samy Vellu kembali berkhidmat di kawasan itu kerana mereka gembira dengan perkhidmatan yang dicurahkannya selama menjadi ahli Parlimen kawasan itu sejak 1979.
"Berdasarkan maklum balas hasil beberapa perjumpaan jentera BN dengan penduduk Sungai Siput baru-baru ini, pengundi kaum Cina lebih suka Datuk Seri Samy Vellu kembali menjadi calon.
"Ini kerana sehingga kini, walaupun sudah hampir lima tahun selepas Parlimen Sungai Siput jatuh ke tangan PSM, tiada pembangunan dibawa di sini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Sungai Siput, S. Elangoo pula berkata, perasaan itu wujud kerana masyarakat di pekan tersebut sudah terlalu rapat dengan bekas Menteri Kerja Raya itu sejak hampir 40 tahun lalu.
"Sewaktu Samy Vellu menjadi ahli Parlimen, pelbagai kemudahan, infrastruktur dan peluang pekerjaan dinikmati penduduk Sungai Siput termasuk kaum India. Tetapi kini, semua tidak dapat," katanya.
Namun begitu, tegas Elanggo, kedua-dua mereka akan akur dan tetap memberi sokongan penuh sekiranya pucuk kepimpinan BN meletakkan calon lain untuk bertanding di kawasan Parlimen tersebut pada pilihan raya umum nanti.
Sementara itu Samy Vellu enggan mengulas lanjut gesaan itu dan menegaskan, tumpuannya kini sebagai Pengerusi BN Sungai Siput hanya untuk memastikan kemenangan parti di situ dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya. - UTUSAN


Kalau PKR, lainlah. Banyak kitar semula. Terbaru bekas askar kat bawah ni.

lagi jen














Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Md Hashim yang bersara pada 2002 turut mengumumkan penyertaan beliau dalam KEADILAN.


DOAKAN KESELAMATAN BUAT PEJUANG DAN PERWIRA YANG BERTARUNG NYAWA MEMPERTAHANKAN TANAH AIR DARI DICEROBOHI OLEH PENGGANAS TAJAAN ANWAR
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf