Khamis, 21 Februari 2013

Kuasa MB

daripada dua artikel kat bawah ni....

1.   MB Kedah patut tolak 11 ADUN yang menentang beliau untuk bertanding dalam PRU nanti. MB ada kuasa. Tak boleh lawan..

2.   Ni mesti keja UMNO Kedah ni nak pecahbelahkan PAS
3.   Gambar kat bawah tu orang-orang UMNO yang dibayar untuk berdemo, guna banner PAS dan pakai kopiah... tak adanya orang pas berdemo menentang kerajaan PAS
4.    Atau, kalaupun orang PAS, berapa ekor je yang berdemo, yang sokong PAS ada berjuta-juta...

(2, 3,dan 4 adalah jawapan lazim dari PAS)

MB KEDAH

Azizan bertegas tidak tunduk desakan supaya berundur

ALOR SETAR 20 Feb. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan pihak tertentu yang terus mendesaknya berundur daripada jawatan Menteri Besar.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri turut menempelak pihak terbabit yang disifatkan sebagai musuh beliau kerana cuba mencetuskan huru-hara terutama ketika kebanyakan pihak menumpukan perhatian terhadap Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sambil melahirkan rasa kesal dengan tindakan terbaharu itu, beliau turut percaya desakan tersebut merupakan strategi pihak tertentu yang tidak menyukai corak pentadbirannya.

"Sekarang sudah dekat PRU-13, semua pihak sepatutnya menumpukan perhatian dan timbul pula isu ini. Tetapi saya tidak rasa apa-apa pun, biasa sahaja. Biarlah mereka nak buat apa pun.

UTUSAN ONLINE

PAS Kedah tolak Azizan

Sebahagian ahli PAS mengadakan demonstrasi mendesak Azizan melepaskan jawatan di Markas PAS, Kota Sarang Semut, dekat Yan, semalam. - Foto Lim Poh Chin  

 
 
11 kawasan desak Menteri Besar lepas jawatan kerajaan, parti

Yan: Kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi dipertikaikan, kali ini membabitkan ahli 11 daripada 15 PAS kawasan mahu beliau melepaskan jawatan Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS negeri.

Desakan disuarakan oleh kira-kira 50 ahli PAS yang sebahagian besarnya Ketua Unit Peti Undi (UPU) kerana mendakwa Azizan gagal mentadbir dan menyelesaikan kemelut dalam demonstrasi aman ketika mesyuarat khas Dewan Ulama PAS negeri, di Markas PAS di Kota Sarang Semut, dekat sini semalam. Kumpulan itu mendakwa mereka ahli dari 11 kawasan PAS, terutama Jerai dan Jerlun.


Tolak kepimpinan Azizan

Seorang daripada mereka Asri Ahmad, yang juta Ketua UPU cawangan Megat Dewa di Jerlun, mendakwa sekurang-kurangnya separuh daripada penyokong PAS di Kedah menolak kepimpinan Azizan.

BERITA HARIAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf