Rabu, 29 Ogos 2012

Tolak Hudud


 Artikel kat bawah ni memang aku setuju. Anwar tak pernah sokong hudud.

 
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pas dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan (gambar) berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, kata Nallakaruppan, beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin Pas yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.

"Saya menghormati para pemimpin spiritual Pas yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.

"Di samping itu, Pas tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun mengulas mengenai pendirian Anwar selaku Ketua Pembangkang yang tidak jelas mengenai hudud ekoran perbalahan berterusan Pas dan DAP dalam aspirasi pelaksanaan hukum itu.

Pada sidang akhbar 28 September 2011, Anwar menjelaskan hudud bukan merupakan sebahagian agenda pembangkang buat masa ini tetapi pada masa sama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Dalam satu kenyataan menerusi blog beliau kelmarin pula, Anwar sekadar menegaskan pakatan pembangkang mengiktiraf, menghormati perbezaan pandangan serta kedudukan komponen pembangkang berkenaan hukum hudud dan mendakwa ia merupakan penerimaan mereka terhadap amalan konsensus politik.

Sementara itu, Nallakaruppan memberitahu, Pas dan rakyat tidak harus terpedaya dengan tindak-tanduk serta kenyataan bercelaru Anwar dalam isu hudud kerana Ketua Pembangkang tersebut mempunyai keupayaan mengelirukan masyarakat.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam blog beliau beberapa hari lalu mengakui terpedaya dengan imej Islamik Anwar yang warak dan menasihatkan semua rakyat terutama penyokong pembangkang tidak ikut tertipu.

"Seperti yang kita tahu, Anwar hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun dan mengimpikan untuk menguasai Putrajaya," katanya.




Kalau Anwar jadi PM Malaysia, dia takkan laksanakan hudud dalam dalam sistem perundangan negara. Sebabnya, dia tak pernah pun sentuh nak laksanakan hudud jika PR memerintah. 

Tapi yang sebenarnya, PAS tak pernah nak bersungguh untuk laksanakan hudud. PAS telah diberi peluang untuk melaksanakannya selama 20 tahun di bawah Nik Aziz namun yang ada hanya tong kosong aja di depan penyokong wal hal untuk mendaulatkan hudud itu tak pernah pun dibuat. Yang dibuat cuma janji, sama seperti nasib jambatan dan lebuhraya yang takkan mungkin jadi kenyataan....

yang tolak hudud sebenarnya PAS. Kalau bersungguh nak buat, tak ada yang mustahil. Kerja mulia takkan Yang Maha Esa tak beri keringanan untuk melaksanakannya walaupun ia satu perkara berat untuk dilakukan. Kesimpulannya, hukum hudud hanya modal politik PAS untuk meraih sokongan dari orang-orang Islam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Blogger 1

bmf

bmf