Selasa, 7 Ogos 2012

Masih boleh

Walaupun Datuk Lee gagal merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk melihat pingat emas olimpik pertama berjaya di bawa pulang ke bumi bertuah ini, namun kita masih boleh berharap seorang lagi anak Malaysia berjuang dalam usaha menakluk pingat emas pertama...

Apa pun, tahniah buat Datuk Lee, atas semangat dan perjuangan bak wira, kental dan penuh patriotik dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.



Pelumba yang digelar 'Thepocketrocketman', Azizulhasni akan berdepan jagoan dunia dalam acara keirin hari ini. Mampukah Azizul merealisasikan impian pingat emas kita dalam olimpik. walaupun nampak begitu sukar, seperti hajat ingin memeluk gunung namun tangan tak sampai, namun nasib dan ketentuan Ilahi itu tiada satu pun yang dapat menduga..

sama-samalah kita berdoa, agar 'Thepocketrocketman', berjaya dalam menggalas misi dan merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1