Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. HAMKA
Khamis, 19 April 2012
Kantoi, mau kencing lagi
Kalau tak kecoh, PKR ni tentunya akan diam saja. PKR ni mana mahu bagi orang PAS jaga Islam. PKR mana percaya pada PAS untuk tegakkan syiar Islam. Macam kat Selangor, sebab tak mahu PAS terajui Islam, MB sendiri yang pegang. MB tu dari PKR.
Rumusannya, senang aja. PKR tak mahu PAS ganggu aktiviti-aktiviti haram, macam yang kat Selangor tu. Kalau PKR pegang, boleh tutup mata.
Isu di Pulau Penang, boleh orang PKR ni kata silap syor nama. Dah kantoi nak bolot semua, nak mengencing lagi. Kalau yang ni orang PAS percaya, memang sahlah, orang PAS ni kaki minum air kencing orang PKR
YDP MAINPP: Pulau Pinang akui silap syor nama
MOHD ISKANDAR OTHMAN
19 April 2012
Mansor (tengah) bersama dengan Salleh (lima, kanan) dan Malik (tiga, kanan) pada sidang media semala
GEORGETOWN - Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Kassim sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Pesuruhjaya Pas Negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Abdul Malik sebagai YDP MAINPP ketika itu dibuat disebabkan tidak mahu berhadapan dengan 'kesukaran' dalam pelantikan jawatan itu seperti yang pernah terjadi sebelum ini apabila cadangan Kerajaan Negeri untuk melantik Mohd Salleh tidak diterima.
“Kita mengakui kesilapan kita dengan menghantar nama Abdul Malik berikutan beliau menjawat jawatan Exco Agama dalam Kerajaan Negeri," kata beliau yang juga Naib Presiden PKR.
"Kita lakukan sebab pertimbangan kita ketika itu dan mengambil kira pengalaman pahit yang kita pernah lalui sebelum ini ketika zaman Datuk Shabudin Yahya memegang jawatan YDP.
"Walaupun pada peringkat mula kita telah mempunyai nama calon YDP sendiri namun usaha selama dua tahun untuk menggantikan calon YDP pilihan kita tidak kesampaian," katanya pada sidang media di sini semalam.
Turut hadir Mohd Salleh dan Abdul Malik.
Pada sidang media berkenaan Mansor menjelaskan terdapat kekeliruan berbangkit apabila watikah pelantikan daripada Istana Negera telah melantik Abdul Malik sebagai YDP MAINPP sedangkan Kerajaan Negeri telah mengutuskan surat rayuan pada 20 Januari lalu bagi mencadangkan Mohd Salleh dilantik sebagai YDP MAINPP.
Mansor berkata, Kerajaan Negeri telah membuat rayuan dan memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mendapatkan perkenan melantik YDP yang baru itu, namun sehingga kini hasrat Kerajaan Negeri itu belum tercapai apabila pihak istana tidak dapat menerima kunjungan itu disebabkan kesibukan Tuanku Abdul Halim dengan urusan-urusan yang lebih mendesak.
Dalam pada itu, Mansor berkata, sementara menantikan rayuan yang dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong itu, Mohd Salleh akan mempengerusikan semua mesyuarat MAINPP.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blogger 1
-
-
LESEN B FULL, NAK BAGI KE TAK? - 'Ko dah kenapa Yeh?' Baru sampai nk sarapan pagi tadi tgk dari jauh dia punya kalut semacam... - Ape hei nya Yob? Udoh guling pering nyirap nyer? * Id...Sebulan yang lalu
-
Jangan jadi alat di akhir zaman - Pada akhir zaman ini, budaya fitnah dilihat berleluasa dalam masyarakat sehingga kadangkala sukar untuk mengenal pasti antara pihak yang benar dengan yang ...Sebulan yang lalu
-
-
-
Nazri: DAP menang banyak pun, PM tetap Melayu - [image: story image] [image: mk-logo] BERITA Haspaizi Zain Diterbitkan: Aug 7, 2023 2:27 PM ⋅ Dikemaskini: 2:27 PM Meskipun DAP menang besar dan bersam...Setahun yang lalu
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 tahun yang lalu
-
-
2022 - PERUBAHAN ERA ZAMAN SETIAP 1 ALAF - Kita sudah berada 22 tahun dalam alaf 21. Sepanjang alaf 21 ini banyak peristiwa berlaku tanpa kita sangka. Berlaku banyak perubahan mendadak. Tak ad...2 tahun yang lalu
-
Tahun Baharu : Jajaran Politik Baharu? - Hari pertama tahun 2021, artikel ini panjang dan tidak sesuai untuk bacaan mereka yang tiada "political wisdom". Situasi negara masih tidak stabil keran...3 tahun yang lalu
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...4 tahun yang lalu
-
Harga YAHUDI, Harga MUJAHID - Sebelum ini, kalau barang mahal kita cakap harga YAHUDI. Sekarang ni kalau barang murah, kita boleh cakap harga MUJAHID. Gila ke apa jual tanah satu hekt...4 tahun yang lalu
-
Komunis Alaf Baru Semakin Terbuka Menterbalikkan Jalur Gemilang - Sehari dua ini semakin menjadi-jadi kejadian menterbalikkan Jalur Gemilang. Dalam sejarah pemerintahan Kerajaan BN, belum kedengaran kejadian sebegi...5 tahun yang lalu
-
LAFAZ AMPUN MAAF AHLI PPBM - Kami, ahli-ahli UMNO telah mendengar permintaan kamu dan di bawah ini kami drafkan LAFAZ AMPUN MAAF untuk dibacakan oleh Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli Ppbm...5 tahun yang lalu
-
GEMPAR !! Satu Lagi Hak Keistimewaan Orang Melayu Bakal Di Hapuskan !! #AIM - “Jangan risau, biarpun kita batalkan AIM sekali pun, kita tidak akan mengabaikan bantuan diberi kepada orang miskin. petikan dari BH online *https* ://w...5 tahun yang lalu
Blog 3
-
-
-
-
-
-
-
COVID-19: Update and Guide for Sabah People4 tahun yang lalu
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan