Khamis, 3 November 2011

Seksualiti Merdeka

Polis haramkan semua program Seksualiti Merdeka - Khalid
03/11/2011 8:14pm

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program ”Seksualiti Merdeka” demi ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27A (1)(C) dan juga 298A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak badan bukan kerajaan (NGO) termasuk badan agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula semalam sehingga 13 November ini, antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender. – Bernama


mau tanya ketua pembangkang parlimen Malaysia: Dia setuju ke tak setuju dengan benda yang dicadang akan dirasmikan oleh pengerusi Bersih 2.0.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1