Selasa, 15 November 2011

Mangkuk

Aku paling menyampah tengok mangkuk sekor ni, kalau lihat kat parlimen, meluat sangat. kalau membahas. menyampuk dia saja yang terer dengan hujah-hujah yang dangkal. sangat memalukan. pihak kem sebelah nak jadi monyet, dia pun nak jadi siamang.

ini dia keluar lagi isu. Isunya Shahrizat mesti letak jawatan. aku tak tahu sistem/peraturan apa dia pakai. orang yang sepatutnya dirujuk sebagai bersalah tidak ditanda. orang yang tak tahu apa-apa dituding bersalah hingga mesti lepas jawatan. Kalau ada isu, sebaiknya rujuk kepada polis atau sprm untuk tindakan. tak payahlah nak tunjuk yang dia ni baik sangat.

ini yang dia kata:

Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan
Kow Gah Chie
9:32PM Nov 14, 2011
Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

bung mokhtar parliament 080708 01Bung Moktar (kiri) membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1