Sabtu, 19 November 2011

Kuat Seks dan kurang seks

Kurangkan seks, pencegah hamil berjaya turunkan kadar kelahiran tidak dirancang remaja AS



WASHINGTON: Kadar kelahiran di kalangan wanita muda dan remaja di Amerika Syarikat mencatat kejatuhan paling besar dalam sejarah tahun lalu, kata Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS, semalam.

Melalui data dalam Laporan Statistik Penting Kebangsaan, kadar kelahiran di kalangan remaja berusia di antara 15 dan 19 tahun menurun sembilan peratus pada 2010 berbanding tahun sebelumnya.


Ia adalah penurunan terbesar dalam tempoh setahun sejak 1946 - 1947.

“Pada tahap 24.3 kelahiran bagi setiap 1,000 remaja, ia mencatatkan rekod terendah bagi AS,” kata laporan itu.


Kadar kelahiran di kalangan remaja mencatatkan penurunan berterusan sejak 1991 dan kini 44 peratus lebih rendah berbanding 20 tahun lalu.


Ketua Eksekutif Kempen Mencegah Remaja dan Kemahilan Tidak Terancang Kebangsaan, Sarah Brown, berkata tiada masalah sosial lain mencatatkan peningkatan begitu ketara sejak sekian lama.



US dah menurun, kat selangor ni...


257,000 anak luar nikah di Selangor hingga 2008
2:55PM Apr 1, 2011
Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah 'sangat besar' dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.

pkr taman ehsan selayang ceramah 020810 hasan aliPengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru) mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Hassan berkata bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.

Sementara itu, beliau berkata JAIS tidak mempunyai jumlah penguatkuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini.

"Nisbah pecahan anggota Penguatkuasa Agama dan Masyarakat Islam di Selangor ialah 1:25,000 orang," katanya yang berharap jumlah penguatkuasa JAIS akan dapat ditambah.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1