Isnin, 27 Jun 2011

ISA

huh....!

patutnya ISA AKAN digunakan jika penganjur tetap berdegil. sabar je la tengok amaran ni. lembutnya... aduyai. diplomasi itu penting, tapi pembangkang ni ada diplomasi ke... ada tak dia orang kisahkan kepentingan negara bakal terjejas, kepentingan para peniaga, pengangkutan awam akan terganggu.

baik tangkap dia orang ni dan kerahkan buat kerja amal. bersihkan tempat-tempat kotor kat KL ni.. yang tu sesuai sangat dengan BERSIH dia orang ni...


ISA boleh diguna terhadap penganjur perhimpunan haram 9 Julai
26/06/2011 8:14pm

HULU SELANGOR 26 Jun — Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.

"Tindakan ISA boleh digunakan kepada perkara yang betul-betul menjejaskan keselamatan negara seperti (kumpulan militan) Jemaah Islamiah(JI)... sindiket perdagangan manusia, namun apabila digunakan dalam konteks yang berkaitan politik, pasti dieksploitasi pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1