Selasa, 7 Jun 2011

Amah Mati

Malaysia patut kuatkuasa pembantu rumah Indonesia hanya untuk orang melayu Islam, india boleh dapat dari India, Bangladesh, sri Lanka dan Cina boleh dapat dari negara China, Filipina, atau Vietnam. Perlu buat dan mesti buat benda ni untuk mengelak perkara dera, bunuh berlaku. apabila ini berlaku, akibatnya Malaysia akan terpalit dengan bahana yang dilakukan oleh pembangsat-pembangsat ni.

Suami isteri majikan amah ditahan

Oleh MOHAMMAD KHAIRUL JAMAIN
pengarang@utusan.com.my


SEPASANG suami isteri yang disyaki terlibat mendera amah ditahan reman di Mahkamah Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 6 Jun - Polis menahan sepasang suami isteri kerana dipercayai terlibat dalam kes mendera hingga mati pembantu rumah mereka di Sea Park di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, pasangan berusia 56 dan 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam sebaik sahaja diminta hadir ke balai polis.

Pembantu rumah warga Indonesia itu, Isti Komariyah, 26, dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 7.50 pagi semalam namun disahkan telah meninggal dunia sebaik sahaja tiba.

Pasangan terbabit hari ini ditahan reman selama enam hari sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mangsa mula bekerja dengan pasangan tersebut sejak Disember 2008 lalu.

"Siasatan hasil bedah siasat petang semalam mendapati, terdapat kesan lebam baru dan lama serta calar pada bahagian belakang, dahi serta lengan mangsa.

"Hasil siasatan lanjut yang dilakukan di rumah majikan mangsa, polis menemui beberapa lagi petunjuk yang boleh membantu siasatan kes ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Meor Hamdan Meor Mohamad.

Mohd. Adnan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa pembantu rumah itu sambil memberitahu, siasatan polis masih dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengenal pasti punca kematian wanita itu selain bekerjasama dengan pejabat kedutaan negara asalnya.

Mayat wanita itu kini ditempatkan di PPUM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger 1