Ejen CIA ditahan cuba rekrut perisik di Rusia
MOSCOW 15 Mei - Seorang ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) ditahan pihak berkuasa Rusia kerana cuba merekrut seorang ejen perisikan khas, di sini semalam.
Menurut Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), suspek membawa beberapa barangan untuk tujuan penyamaran termasuk duit dan peralatan teknikal ketika ditahan pihak berkuasa.
Suspek dikenal pasti sebagai Ryan Fogle yang bertugas di Kedutaan AS di sini.
Kedutaan AS, bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan berhubung penahanan tersebut. - dpa
PM-PM DAN KERAJAAN TERDAHULU LEBIH BIJAK MENGURUSKAN KENAIKAN HARGA MINYAK
BERBANDING ANWAR DAN KERAJAAN PH-BN
-
1. Kenaikan mendadak harga minyak di Malaysia bagi Mac 2026 menimbulkan
kebimbangan serius terhadap keupayaan kerajaan dalam mengurus kos sara
hidup ...
6 hari yang lalu