Ejen CIA ditahan cuba rekrut perisik di Rusia
MOSCOW 15 Mei - Seorang ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) ditahan pihak berkuasa Rusia kerana cuba merekrut seorang ejen perisikan khas, di sini semalam.
Menurut Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), suspek membawa beberapa barangan untuk tujuan penyamaran termasuk duit dan peralatan teknikal ketika ditahan pihak berkuasa.
Suspek dikenal pasti sebagai Ryan Fogle yang bertugas di Kedutaan AS di sini.
Kedutaan AS, bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan berhubung penahanan tersebut. - dpa
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. HAMKA