Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. HAMKA
Isnin, 25 April 2011
1Melayu, 1Bumi
Heboh dengan 1Melayu 1Bumi. Idea ni bagus tak? Pada aku, tak boleh guna dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Amat bahaya dan boleh mencetuskan huru-hara. Bukan sekarang tapi pada tahun-tahun yang akan mendatang. Cukup-cukuplah kita disatukan dalam slogan 1Malaysia. Ini pun sudah cukup ampuh. Kalau Cina tidak memperdulikan slogan ni, tak apa, ramai kaum dah boleh terima dan bersama berganding bahu mencapai negara maju dan Wawasan 2020. satu masa nanti, kaum Cina pasti akan turut serta. Mana taknya, takkan dia nak jadi kera sumbang dalam satu kelompok yang ramai. Bukan kita yang nak sisihkan tapi dia orang yang sendiri nak sisihkan diri.